Tuesday 6 December 2011

Jemputan Ke Majlis Reunion Perdana 2011

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan rasa penuh hormat, pihak kami ingin menjemput anda dan batch anda untuk hadir ke Majlis Reunion Perdana 2011 untuk julung kalinya. Diharap mendapat kerjasama dari semua untuk menghebahkan, tag dalam fb atau email kepada semua bekas pelajar-pelajar SMTI batch 1973 hingga 2006, kad jemputan ke Reunion Perdana 2011 'BATTLE OF THE BATCHES' yang anda tahu.Kerjasama anda di dahului dengan ucapan terima kasih...... bersaudara selamanya....

PENDAFTARAN REUNION PERDANA 2011 MASIH DIBUKA!!!

Monday 21 November 2011

SUMBANGAN DERMA IKHLAS & PENAJAAN

Kepada :
Sesiapa yang berkenaan.

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

REUNION PERDANA 2011 ' BATTLE OF THE BATCHES'

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, adalah  dimaklumkan bahawa PERSATUAN BEKAS PELAJAR-PELAJAR SMTI akan menganjurkan program 'REUNION PERDANA 2011' yang akan disertai oleh bekas-bekas pelajar lepasan dari tahun 1973 hingga 2011. Bagi mengukuhkan hubungan di antara lepasan-lepasan SMTI tersebut, pihak urusetia telah mengaturkan beberapa program dan akan dibuka kepada ahli keluarga juga.

2.  Sehubungan itu, bagi tujuan tersebut, kami ingin mendapatkan penajaan dari Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan ataupun syarikat-syarikat dalam kami menjayakan program ini. Kami sangatlah berbesar hati sekiranya pihak Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan bersedia menjadi penaja kepada Program ini ataupun menempah ruang iklan di dalam buku cenderamata kami ataupun setidak-tidaknya menyumbang kepada Program ini.

3.   Bersama-sama ini disertakan borang penajaan atau penempahan iklan sekiranya pihak Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan berhasrat bersama kami dalam menjayakan Program ini.

Kerjasama dan sokongan dari pihak Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan sangat-sangat kami alu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

HAJI MOHD SEDNY BIN SAPARI
Penyelaras Program REUNION PERDANA 2011
Merangkap Penolong Bendahari Alumni SMTI

Borang Penajaan Reunion Perdana 2011

PENDAFTARAN UNTUK REUNION PERDANA 2011 'BATTLE OF THE BATCHES' TELAH DIBUKA.





































Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sek.Men. Teknik Ipoh (TIPOSA) akan mengadakan majlis reunion perdana bekas-bekas pelajar SMTI yang bertemakan 'Battle of the Batches' pada 17-18 Disember 2011.Majlis ini akan menghimpunkan seramai mungkin bekas pelajar SMTI bermula dari sesi pengajian

1973 - 2011.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan diharapkan agar semua bekas pelajar SMTI mengambil kesempatan ini untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Yang lebih penting kita dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah dan terputus hubungan.
Yuran Penyertaan adalah RM50.00 sahaja untuk 1 keluarga.
Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan Bowling, yuran adalah RM60.00 dan yuran pertandingan Golf adalah RM150.00.
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan T-Shirt sebagai tanda kenangan adalah RM40.00

KEHADIRAN ANDA & BATCH ANDA AMAT DIALU-ALUKAN.

Semoga Reunion Perdana 2011 berjaya dilaksanakan serta dapat mengumpulkan 37 batch yang ada.
Sokongan & kerjasama semua pihak diucapkan terima kasih.

Thursday 17 November 2011

ATURCARA PROGRAM REUNION PERDANA 2011

17hb. Dis 2011 (Sabtu)

7:45 pagi - 1:00 tgh  :    Hari Keluarga dan Sukaneka - Senamrobik, sukaneka
                                :    Penyampaian Hadiah
 (Tempat  : Padang Sek. Men. Teknik, Ipoh)

2.30 ptg                   :    Mesyuarat Agong Persatuan Bekas Pelajar-Pelajar Sek. Men.Teknik Ipoh
(Tempat   :   Dewan Sek. Men. Teknik, Ipoh)

8.30 mlm                  :    Majlis Makan Malam Perdana
                                :    Majlis Perasmian Penutup
(Tempat   :   Dewan Sek. Men. Teknik, Ipoh)

18hb. Dis 2011 (Ahad)

7.35 pagi                  :    Kejohanan GOLF di antara Batch
                                :    Penyampaian Hadiah
(Tempat    :    Clear Water Golf Club, Batu Gajah)

10.00 pagi                :    Kejohanan Boling di antara Batch
                                :    Penyampaian Hadiah
(Tempat    :    Ipoh Parade, Ipoh)

Untuk Maklumat & sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada :

Hj. Mohd Sedny b. Sapari
Penyelaras Reunion Perdana 2011
H/P : 012-5110604

En. Mohamad Makros B. Rasimin
Setiausaha ALUMNI SMTI
H/P : 019-5141101

En. Shahri b. Sujak
Timb. Presiden ALUMNI SMTI
H/P : 019-5458971

BORANG REUNION 2011

PASTIKAN ANDA DAN BATCH ANDA TIDAK KETINGGALAN UNTUK HADIR!!!

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH 30 NOVEMBER 2011

Monday 7 November 2011

REUNION PERDANA 'BATTLE OF THE BATCHES' 2011

KARNIVAL REUNION PERDANA 2011 BERTEMAKAN 'BATTLE OF THE BATCHES' AKAN DIADAKAN PADA 17 & 18 DISEMBER 2011. PERTANDINGAN ANTARA BATCH-BATCH 1973 HINGGA 2011 AKAN DIADAKAN. AKTIVITI : SUKANEKA, GOLF, BOWLING, JAMUAN MAKAN MALAM & AGM PERSATUAN ALUMNI SMTI. PASTIKAN ANDA DAN BATCH ANDA TIDAK KETINGGALAN. KEHADIRAN BERSAMA KELUARGA DI ALU-ALUKAN. DAFTAR SEGERA.