Kepada :
Sesiapa yang berkenaan.
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
REUNION PERDANA 2011 ' BATTLE OF THE BATCHES'
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa PERSATUAN BEKAS PELAJAR-PELAJAR SMTI akan menganjurkan program 'REUNION PERDANA 2011' yang akan disertai oleh bekas-bekas pelajar lepasan dari tahun 1973 hingga 2011. Bagi mengukuhkan hubungan di antara lepasan-lepasan SMTI tersebut, pihak urusetia telah mengaturkan beberapa program dan akan dibuka kepada ahli keluarga juga.
2. Sehubungan itu, bagi tujuan tersebut, kami ingin mendapatkan penajaan dari Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan ataupun syarikat-syarikat dalam kami menjayakan program ini. Kami sangatlah berbesar hati sekiranya pihak Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan bersedia menjadi penaja kepada Program ini ataupun menempah ruang iklan di dalam buku cenderamata kami ataupun setidak-tidaknya menyumbang kepada Program ini.
3. Bersama-sama ini disertakan borang penajaan atau penempahan iklan sekiranya pihak Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan berhasrat bersama kami dalam menjayakan Program ini.
Kerjasama dan sokongan dari pihak Y.Bhg.Dato'/Datin/Tuan/Puan sangat-sangat kami alu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
HAJI MOHD SEDNY BIN SAPARI
Penyelaras Program REUNION PERDANA 2011
No comments:
Post a Comment